Monday, March 8, 2010

KARYA STUDENT










Friday, March 5, 2010

SOALAN HBAE 1103 (2009)

BAHAGIAN A
ARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1.
(a) Senaraikan DUA matlamat Pendidikan Seni Visual.
(b) Nyatakan DUA pendapat Plato tentang seni. ( 4 )

2.
Nyatakan EMPAT peranan guru Pendidikan Seni dalam penilaian berasaskan sekolah (PKBS). ( 4 )

3.
(a) Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran menggambar, apakah pendekatan yang sesuai digunakan dalam aktiviti melukis.
(b) Berikan DUA jenis teknik yang sesuai untuk aktiviti menggambar. ( 4 )

4.
Senaraikan EMPAT perkara yang perlu ada dalam menyediakan Rancangan Tahunan. ( 4 )

5.
Nyatakan perbezaan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam Pendidikan Seni Visual. ( 4 )
(Jumlah : 20)

BAHAGIAN B
ARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1.
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif dan inventif.
(a) Senaraikan EMPAT objektif Pendidikan Seni Visual. (4)
(b) Senaraikan TIGA perkara yang berkaitan dengan Konsep Kendiri berdasarkan Konsep Seni Visual Barat. (6)
(c) Huraikan peranan Pendidikan Seni Visual dalam perkembangan kanak-kanak. (10) ((Jumlah : 20)

2. Pengujian dan penilaian perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
(a) Huraikan maksud pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni Visual. (4)
(b) Senaraikan ENAM tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual. (6)
(c) Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang pelajaran. Huraikan proses yang perlu ada dalam sesebuah portfolio Pendidikan Seni Visual.(10)
(Jumlah : 20)

3. (a) Jelaskan maksud bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual
i) Menggambar
ii) Membuat rekaan dan corak
iii) Membentuk dan membuat binaan
iv) Kraf tradisional (8)

(b) Dalam penghasilan karya, beberapa langkah atau panduan yang betul akan dapat mempertingkatkan kemahiran pelajar. Huraikan ENAM panduan untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik.( 12 )
(Jumlah : 20)

4. Suasana dalam bilik darjah sangat mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan penting dalam membangkitkan iklim yang sesuai untuk kelas Pendidikan Seni Visual.
(a) Senaraikan LAPAN aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan bilik seni.(4)
(b) Beri pendapat anda bagaimana iklim bilik Pendidikan Seni Visual membantu dari segi fizikal, emosi dan sosial.(6)
(c) Lukiskan satu pelan bilik seni yang sesuai dan kondusif serta labelkan tempat-tempat tertentu dan huraikan pelan anda mengikut pendapat serta pandangan anda sendiri.( 10 )
(Jumlah : 20)

5. Rekaan dan corak merupakan satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.
(a) Berikan maksud corak dan DUA jenis motif yang boleh digunakan untuk membuat corak. (4)
(b) Apa yang anda faham tentang corak terancang? Huraian perlu bersertakan dengan contoh lukisan EMPAT jenis corak terancang. (6)
(c) Fikirkan SATU aktiviti corak tidak terancang yang sesuai untuk pelajar tahap satu. Buatkan SATU rancangan mengajar yang lengkap dengan langkah-langkah untuk mengajar.( 10 )
(Jumlah : 20)

BAHAGIAN C
ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1.
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikir dan dirasa.
(a) Jelaskan kepentingan pendekatan apresiasi dan kritikan secara psikologi membantu pembentukan jiwa dan peribadi pelajar terhadap seni. Huraikan bagaimana aspek nilai dapat ditanam atau dipupuk melalui aktiviti apresiasi. (10)
(b) Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap. Huraikan EMPAT tahap tersebut berpandukan sebuah karya catan.
i. Menggambarkan (description);
ii. Menganalisa (analysis);
iii. Tafsiran (interpretation);
iv. Penilaian (evaluation).( 10 )
(Jumlah : 20)

2.
(a) Sebagai guru anda harus menyedari akan kepentingan Rancangan Pengajaran. Jelaskan kepentingan tersebut bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (4)
(b) Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Seni Visual hendaklah sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran. Jelaskan perbezaan serta contoh kaedah dan teknik dalam Pendidikan Seni Visual. (6)
(c) Anda dikehendaki menyediakan satu aktiviti membuat bentuk dan binaan sebuah Robot yang boleh membuat semua kerja-kerja rumah. Hasilkan SATU contoh aktiviti untuk pelajar tahap enam dengan menggunakan kaedah inkuiri-penemuan serta jelaskan teknik yang sesuai digunakan untuk aktiviti membuat robot.( 10 )
(Jumlah : 20)

SOALAN HBAE 1103 (2007)

BAHAGIAN A
ARAHAN: - Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian A. Sila jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Huraikan proses yang berkaitan dengan menghasilkan gasing.
a) Proses membakal
b) Proses simpai [2 markah]

SOALAN 2
Nyatakan DUA (2) kepentingan kaedah pembelajaran Pendidikan Seni Visual secara lawatan atau kegiatan luar bilik darjah. [2 markah]

SOALAN 3
Di dalam bahagian penutup pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual, terdapat kesimpulan kognatif dan kesimpulan sosial yang seharusnya dicapai oleh murid. Nyatakan DUA (2) rumusan yang perlu dicapai dalam kesimpulan sosial. [2 markah]

SOALAN 4
Menurut John A. Michael dalam bukunya “Art and Adolescense”, dua pendekatan apresiasi seni boleh berlaku mengikut pendekatan logik dan psikologi. Nyatakan EMPAT (4) pendekatan secara logik. [2 markah]

SOALAN 5
Nyatakan EMPAT (4) aspek fizikal bilik darjah yang dapat membangkitkan suasana yang teraputik dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual? [2 markah]
[Jumlah:- 10 markah]

BAHAGIAN B
ARAHAN:- Terdapat TIGA (3) soalan dalam bahagian B. Sila jawab DUA (2) soalan sahaja.

SOALAN 1
Membentuk dan membuat binaan merupakan bidang ketiga di dalam Sukatan Pelajaran Seni Visual KBSR.
a) Nyatakan EMPAT (4) penentuan tema dan subjek di dalam menghasilkan aktiviti membentuk dan membuat binaan? [5 markah]
b) Terangkan LIMA (5) ciri yang menentukan sesuatu kecemerlangan di dalam persembahan hasil kerja dari aktiviti membentuk dan membuat binaan? [5 markah]
[Jumlah:-10 markah]

SOALAN 2
Daun mengkuang merupakan bahan asas yang digunakan untuk menghasilkan anyaman tikar. Kerja-kerja memproses daun mengkuang dan seterusnya mengayam perlu dilakukan mengikut tertib atau urutan yang betul.
a) Terangkan LIMA (5) urutan proses bagaimana daun mengkuang dibuat sehingga siap untuk dianyam. [5 markah]
b) Huraikan LIMA (5) urutan menganyam daun mengkuang sehingga terhasilnya tikar. [5 markah]
[Jumlah:-10 markah]

SOALAN 3
Nyata dan huraikan LIMA (5) kaedah pengajaran yang sering kali digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual? [10 markah]

CONTOH SOALAN HBAE 1103(Pengenalan Pendidikan Seni Visual)

BAHAGIAN A
ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Plato (427-347 Sebelum Masehi) merupakan tokoh terunggul dan terawal dalam bidang Seni Visual. Nyatakan DUA (2) pandangan Plato tentang Seni Visual. [4 markah]

SOALAN 2
Konsep seni, menurut Sidi Ghazalba, adalah bertunjangkan kepada mardatillah. Seni yang bagaimanakah menepati pandangan beliau? [4 markah]

SOALAN 3
Penerokaan merupakan interaksi yang kritis dan kreatif terhadap bahan, sebelum aktiviti seni dijalankan. Senaraikan DUA (2) ciri aktiviti penerokaan yang seharusnya dilakukan oleh pelajar untuk mendapat hasilan seni yang bermutu. [4 markah]

SOALAN 4
Di dalam kerja menggambar secara kolaj dan montaj, terdapat persamaan dan perbezaan daripada aspek penggunaan dan cara mengaplikasi alat dan bahan. Nyatakan DUA (2) perbezaan antara penghasilan kolaj dan penghasilan montaj. [4 markah]

SOALAN 5
Corak pualaman dihasilkan secara tidak terancang. Nyatakan DUA (2) peringkat bagaimana corak pualaman dihasilkan. [4 markah]

SOALAN 6
Karya “Still Life With Musical Instruments” oleh Jaques Lipchitz telah dihasilkan pada 1918.
(a) Apakah jenis arca yang dimaksudkan?
(b) Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca ini? [4 markah]

SOALAN 7
Di dalam menghasilkan batik tulis, lilin panas (cair) dikenakan ke atas motif yang dilukis di atas permukaan fabrik, di mana kemudiannya motif ini diwarnakan. Nyatakan DUA (2) proses berikutnya. [4 markah]

SOALAN 8
Sebagai seorang guru, rancangan pengajaran adalah persediaan penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan DUA (2) tujuan lain rancangan pengajaran. [4 markah]

SOALAN 9
Seni ukiran kayu Melayu tradisional adalah budaya yang mempunyai nilai estetika yang kaya. Namakan DUA (2) bangunan yang masih mengekalkan budaya ukiran kayu ini. [4 markah]

SOALAN 10
Di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, terdapat bahagian “Kemuncak”. Nyatakan DUA (2) kepentingan kemuncak di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. [4 markah]

[Jumlah: 40 markah)

BAHAGIAN B

ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1
Seni, menurut Herbert Read, adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian. Tiga (3) perkara penting yang beliau kemukakan tentang seni disenaraikan di bawah. Bagi SETIAP SATU daripada tiga (3) perkara ini, berikan TIGA (3) huraian berdasarkan penyataan beliau.
(a) Ekspresi diri dan komunikasi. [6 markah]
(b) Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak. [6 markah]
(c) Apresiasi dan tindak balas individu terhadap hasil kerja orang lain. [8 markah] [Jumlah: 20 markah]

SOALAN 2
Porfolio seni merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja Pendidikan Seni Visual, pengetahuan, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah seseorang murid. Nyata dan huraikan LIMA (5) sebab mengapa portfolio seni merupakan suatu amalan yang sangat relevan untuk pembelajaran murid. [20 markah]

SOALAN 3
”Membentuk dan membuat binaan” merupakan bidang ketiga di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kemahiran di dalam bidang ini perlu dikuasai dengan baik supaya nilai estetika dan etika dapat diaplikasikan dengan berkesan. Jelaskan LIMA (5) kemahiran asas di dalam mengaplikasi alat, bahan dan teknik di dalam menghasilkan arca stabail kertas. [20 markah]

SOALAN 4
Kaedah inkuiri-penemuan merupakan salah satu daripada beberapa diskripsi di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam Pendidikan Seni Visual.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah inkuiri – penemuan? [5 markah]
(b) Jelaskan LIMA (5) faedah kaedah inkuiri-penemuan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [15 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 5
Set induksi adalah langkah terawal di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
(a) Nyatakan LIMA (5) tujuan set induksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [10 markah]
(b) Huraikan EMPAT (4) rasional yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan set induksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [10 markah] [Jumlah: 20 markah]