Monday, September 19, 2011

PANDANGAN TOKOH BARAT, TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI

Seni dan kesenian.


C) Pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan Seni


Pendidikan Seni merupakan suatu program pendidikan yang bersistem dan mempunyai matlamat serta hala tuju yang jelas. Terdapat banyak pendapat dan pandangan yang diutarakan mengenainya oleh para pemikir seni. Setiap tokoh-tokoh tersebut mengutarakan pandangan mengikut pendekatan masing-masing.


Herbert Read dan Viktor Lowenfeld berpendapat Pendidikan seni seharusnya berasaskan aspek psikologi yang melihat kepada perkembangan kanak-kanak dalam melahirkan pernyataan dirinya. Dalam konteks ini, guru seni perlu melihat potensi kedua-dua pihak, pelajar dan guru itu sendiri dari asoek motivasi, personaliti dan sebagainya.


Eisner ( 1967 ), Pendidikan Seni dan kreativiti bukanlah diperolehi secara mutlak, sebaliknya ia harus dipupuk melalui proses pembelajaran. Selain daripada itu, beliau juga berpandangan kreativiti dan kebolehan kanak-kanak adalah berbeza berdasarkan latar belakang dan pengalaman mereka. Berdasarkan kajian beliau, kanak-kanak yang datang daripada keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai kebolehan yang rendah berbanding dengan kanak-kanak sebaliknya.


Feldman ( 1996 ) berpendapat pendidikan seni sebagai usaha yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui tentang dunia dan diri kita melalui seni. Seni yang dimaksudkan di sini adalah seni visual yang merangkumi keseluruhan bidangnya. Ini adalah kerana seni visual adalah berkait rapat dengan alam dan persekitarannya yang turut merangkumi manusia dan kemanusiaannya, kebudayaan dan lain-lain altiviti yang berkai dengan kehidupan. Secara jelasnya, pendidikan seni mempunyai peranan di dalam segenap aspek kehidupan samada sosial, politik, kebudayaan mahupun ekonomi.


ii) Pandangan Barat tentang kesenian


Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ini adalah kesan yang timbul daripada samada sewaktu menghasilkan produk seni mahupun menikmati hasil seni. Kedua-dua pihak samada artis mahupun pemerhati seni akan merasai kesan-kesan tersebut.


Clive Bell ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa emosi yang dialami apabila menghayati sesebuah karya seni adalah emosi yang tersendiri dan berada di dalam alam yang asing.


Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan manpun, perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.


Crose dan Collingwood ( Syed Ahmad Jamal, 1994 ) berpendapat bahawa, karya seni itu suatu imej mental. Objek yang ideal yang dinyatakan di dalam bentuk fizikal melalui bahan yang terhasil daripada karya sebenar dalam fikiran pemerhati. Beliau sebenarnya menyokong pendapat yang menyatakan bahawa seni adalah pernyataan rasa yang imaginatif. Ini adalah kerana beliau cuba membezakan seni dengan kraf. Kraf pada pandangan beliau merupakan aktiviti mengubah bahan mentah menjadi barangan dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.


Konsep seni mempunyai pertalian yang erat dengan estetika. Menurut pandangan Barat, estetika bererti sesuatu yang berkaitan dengan pengamatanterhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan aspek kegunaannya.


Perkataan estetika mula digunakan oleh Baumgarten pada tahun 1735. Menurutnya, keindahan mestilah diasingkan daripada estetika kerana barang yang buruk boleh diterima dengan cara yang indah dan sebaliknya.
Kebudayaan Barat telah memisahkan seni dengan agama. Pemisahan ini wujud dengan lahirnya sekularisme. Lantaran itu, seni menjadi suatu yang bebas. Demi seni, semuanya dibolehkan sehingga melahirkan kepelbagaian aliran di dalam seni itu sendiri seperti ekspressionisme, kubisme, impressionisme dan sebagainya.


Pandangan Tokoh Barat


a) Plato (347 SM)
- Lukisan adalah 3 kali terpisah daripada
kebenaran.
- Seni dan pendidikan perlu dipandukan kepada
kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan
keindahan.
- Dikatakan dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral.
- Mencipta sesuatu persekitaran yang berbudaya dan
meningkatkan perpaduan:
: Lukisan dibincang dengan konsep imitasi.
: Membandingkan lukisan dengan kebenaran.
: Pelukis meniru objek yang dibuat oleh tukang pembuat.


b) Aristotle (384-322SM)
- pelukis tidak meniru tetapi memberi struktur bentuk kepada benda
alam, maka seni itu baik.


c) Pestalozzi (1746-1827)
- Memberi peluang kepada kanak-kanak belajar seni sama ada
berbakat atau tidak, seni diberi penekanan kepada konsep
kepentingan aktiviti mata dan tangan.
- Kerja tangan atau kraftangan diajar dengan konsep sepanjang
hayat, aktiviti bercorak praktikal.


d) Herbert Read
- Seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yg menimbulkan
keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik.
- Seni alat untuk mendidik seseorang
- Seni boleh menyatukan semua Negara (pendidikan dan
pembentukan diri)


e) Frank Cizek ( 1865-1946)
- Seni sebagai satu peranan ekspresi bebas dalam
pendidikan .
- Kanak-kanak diberi ruang untuk melukis mengikut
pandangan mereka supaya tidak hilang kreativiti dan sifat
keperibadian diri.
-Seni mewujudkan suasana gembira, suka, riang,
minat untuk belajar dan memajukan diri.


f) John Dewey (1859 – 1952)
- Aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.
- Memberi kebebasan kepada kanak-kanak menysun
pengalaman untuk mencerdaskannya. (kreativiti, pemikiran)


g) Walter Gropius
- Seni visual memberi faedah kepada kehidupan seharian
seperti dalam prinsip-prinsip rekaan dan nilai estetik bagi
menghasilkan barangan harian eg. Kerusi,meja dsb.
- Ianya mengabungkan seni, pertukangan, sains dan
teknologi.


h) Efland dan Laura H. Chapman
- Seni adalah untuk masyarakat
- Seni dan kreativiti menjadi satu unsur imaginasi.


i) Lansing
- Seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan
psikomotor.


j) June McFee
- Menekan kpd kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat
warisan budaya.


k) Feldman
- Seni dan kebudayaan tunjang pembangunan seni manusia.


Sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri.


Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri.


Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat.


Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar aliran dan fahaman mereka.




i) Pandangan Islam tentang seni dan kesenian di dalam Islam


Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri.


Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’ itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.


Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.


Pandangan Tokoh Timur dan Islam


a) Muslim
–Dalam kitab Al-Iman.
–Org yg mempunyai ilmu seni bertemu dgn objek alam s/jadi dapat mencipta suatu karya dan menghargai objek tersebut.


b) Pandangan Al-Ghazali
- Seni bersandarkan daripada Allah kpd Allah.
- Seni menuju kepada Al-Falah ( keredhaan Allah )
- Pemangkin kepada ketaqwaan ( tawaduk & beriman )


c) Sidi Ghazalba
- Seni tidak melampui batas kesusilaan
- Seni bertunjang daripada Allah kepada Allah
- Hasil seni itu bertunjang “mardatillah” ( diredhai Allah)
-Seni membentuk peribadi muslim

Cara Masuk Nuffnang Dalam Blog

Getting Started

Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang.Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.

1.Complete the blogger bio
Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
2.Add your blog(s) to the Blog Manager
After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
3.Add Nuffnang ad units to your blog
Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.
Analytics

Menu ini memberikan kemudahan kepada korang untuk membuat analisis mengenai blog korang.

Earnings

Korang boleh melihat jumlah earnings korang kat sini.Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign.Disini juga korang boleh nak cashout earnings korang.

Add Ads

Add ads ini adalah tempat untuk korang dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-

1.Leaderboard
2.Skyscraper
3.Large Rectangle

Blog Manager

Korang boleh tambah dan buang blog korang menggunakan menu Blog Manager.Disini juga korang update blog survey.[rujuk diatas]

Blogger Bio

Update biodata korang[rujuk diatas]



Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot

Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda

1.Log in Dashboard Blog Anda
2.Pergi ke “Page Element”
3.Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
4.Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
5.Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
6.Save
Rasanya itu sahaja yang korang perlu tahu pasal Nuffnang ini.Agak-gak dah lengkap ke info yang saya berikan kat atas tu?Kalau tak lengkap korang tolonglah tambah ye.

Mari Buat Duit Dengan Nuffnang

Sambil berblog, secara tidak langsung dapat duit.
Bagaimana tuu.. Senang saja, bila dah ada blog, buka laman web nuffnang dan daftar akaun dengannya.. http://www.nuffnang.com.my/

Lebih mudahnya lihat dibawah :
1. Buat blog
2. Post apa apa saja yang menarik
3. Pasang iklan nuffnang
4. Sentiasa update blog
5. Tarik traffik sebanyak yang mungkin

Itu sahaja, selepas itu anda akan menjana pendapatan dgn nuffnang. Apakah nuffnang tu. Nuffnang sebuah sykt untuk memapakan iklan-iklan dari pelbagai sykt dalam blog anda. Dengan cara inilah nuffnang membayar duit dekat pemilik blog itu.

Tapi ingat tidak semudah itu, kadang lambat dan kadang cepat, rezekii...

Sebenarnya saya cuba-cuba daftar dgn nuffnang. Tak disangka-sangka ada juga duit. Itu pun buat sendiri betul tak betul pun tak tahulah. Kalau anda ada blog cuba lah, mungkin rezeki anda. Tq.

Saturday, September 3, 2011

TEKNIK CAT AIR

Teknik basah atas basah

(a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah.
(b) Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.
(c) Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar.
(d) Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan.
(e) Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya.









Teknik basah atas kering

(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
(b) Menghasilkan kesan warna legap (opaque).
(c) Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripaa ton nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan gelap.
(d) Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media.




Teknik kering atas kering

(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
(b) Campuran warna yang agak pekat atau likat.
(c) Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.
(d) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang telah kering.




Teknik kering atas basah

(a) Melibatkan sapian warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap.
(b) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan legap (opaque) yang kering.
(c) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, engan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang lain.






MEDIA CATAN

Cat Air
Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan beraiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus.

Cat Poster
Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis ‘cartridge’ yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

Cat Tempera
Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yang sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

Cat Minyak
Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

CATAN

CATAN
Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

SEJARAH CATAN
Sejarah catan dikatakan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya mengambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan pada masa itu ialah bahan warna dari sumber asli seperti . Zaman kelahiran semula atau dalam bahasa Perancis disebut zaman Renaissance merupakan zaman kemumcak seni lukis di Eropah. Ramai pelukia Eropah pada masa itu menggunakan media cat air, cat minyak, fresko dan tempera. Antara pelukis yang termasyhur ialah Leonardo da Vinci dengan catannya yang bertajuk “Mona Lisa”, Albert Durer dengan cat airnya yang bertajuk “The Great Picee of Turt”,yang terkenal dengan gelaran “Bapa Cat air Eropah”(sekadar dua pelukis). Pada zaman itu pelukis hanya menggambarkan catan realistik.
Pada abad ke-19 dan ke-20, muncul suatu aliran baru dalam persembahan catan. Pelukis-pelukis aliran mula mempersembahkan karya berbentuk semi-abstrak dan abstrak. Antara pelukis termasyhur ialah Paul Cezanne, Vincent Van Gogh, Publo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollck dan lain-lain.
Di Malaysia catan hanya berkembang pada sekitar 1930-an. Pelukis terkenal pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka berkarya menggunakan media cat air dan mempersembahkan landskap tanah air.