Tuesday, October 6, 2009

RANCANGAN PENGAJARAN

Kepentingan Penulisan Rancangan Pengajaran
Kepentingan persediaan mengajar tidak boleh dipertikaikan bagi setiap orang guru, terutamanya guru pelatih. Melalui (penulisan) persediaan yang terancang, guru akan dapat:
i. Meningkatkan keyakinan diri guru pelatih sebelum masuk me- ngajar ke dalam bilik darjah / makmal / bengkel.
ii. Merancang dengan teliti setiap komponen pengajaran: Objektif, pengetahuan sedia ada yang berkaitan, peralatan / bahan Bantu mengajar yang diperlukan, isi pelajaran, strategi dan kaedah
penyampaian yang berkesan, aktiviti guru-murid, penilaian, penutup, tugasan pengukuhan, dan sebagainya.
iii. Mengelakkan sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara / aspek yang perlu diajar (sebagaimana yang disarankan dalam Sukatan Pelajaran).
iv. Mengingati bahan serta pendekatan pengajaran yang perlu digunakan untuk mennyampaikan sesuatu isi pelajaran.
v. Merancang serta menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
vi. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
vii. Menghadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu yang diperuntukkan supaya segala objektif pengajaran dapat dicapai dengan berkesan.
viii.Membuat pertimbangan yang sesuai bagaimanakah cara menggunakan teknik terbaik untuk menyampaikan isi pelajaran serta menilai pembelajaran murid.
ix. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun, di mana setiap aspek yang diajar dapat dikaitkan antara satu de-ngan lain, secara jelas.
x. Menyediakan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang lebih menarik dengan cara mengaitkan tajuk dengan isu semasa atau fenomena harian yang biasa ditemui atau dilakukan murid semasa
diluar bilik darjah.
xi. Menilai secara objektif kemampuan mereka untuk merancang dan menulis sesuatu aktiviti pengajaran dengan berkesan (refleksi kendiri), seterusnya mengambil langkah positif ke arah mengatasi sebarang kelemahan.

Rancangan Persediaan Mengajar
Terdapat tiga jenis perancangan yang perlu dibuat oleh guru semasa mengikuti program latihan mengajar: Rancangan kerja bagi tempoh latihan mengajar, rancangan kerja mingguan, dan rancangan pengajaran harian.

1 Rancangan Pengajaran Bagi Tempoh Latihan Mengajar
Guru perlu menyediakan rancangan skim kerja untuk 6 (atau 12) minggu pengajaran, dalam tempoh latihan mengajar. Dalam ruangan rancangan skim kerja, guru pelatih perlu menulis nama mata pelajaran yang diajar, tajuk besar dan sub tajuk yang akan dilibatkan dalam tempoh latihan mengajar, dan menganggarkan bilangan minggu yang diperlukan (dengan menyatakan tarikh) bagi mengajar setiap tajuk.
Rancangan skim kerja yang dibuat perlu mengambilkira semua cuti umum, aktiviti atau takwim sekolah, peperiksaan, dan lain-lain faktor yang terlibat dalam proses pengajaran-pembelajaran. Lampirkan bersama Sukatan Pelajaran bagi tajuk-tajuk yang terlibat dalam tempoh Latihan Mengajar tersebut.

2 Rancangan Kerja Mingguan
Rancangan skim kerja untuk tempoh latihan mengajar perlu diperincikan untuk pengajaran satu minggu. Semasa membuat perancangan kerja mingguan, guru pelatih perlu menyatakan segala peralatan untuk setiap pengajaran. Rancangan kerja mingguan hendaklah ditulis sebelum bermulanya sesuatu minggu pengajaran.

3 Rancangan Kerja Harian / Persediaan Mengajar
Berdasarkan rancangan kerja mingguan, guru perlu menyediakan rancangan kerja harian, yang juga dikenali sebagai Persediaan Mengajar. Rancangan kerja harian merupakan susunan perancangan aktiviti dan tindakan yang akan dilaksanakan guru, dengan bantuan bahan dan peralatan yang sesuai, dalam proses penyampaian sesuatu unit pelajaran. Ringkasnya, persediaan mengajar merupakan rancangan mengenai apa yang perlu dilakukan oleh guru dan murid dalam satu atau dua waktu pengajaran. Dalam penulisan persediaan mengajar, guru perlu menggunakan strategi tertentu untuk mencapai objektif pengajaran. Segala aktiviti guru-murid yang dicadangkan hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang mudah dicerap.
Persediaan mengajar hendaklah dibuat berdasarkan Sukatan Pelajaran, dengan cara mengubahsuaikannya kepada unit pengajaran. Semasa merancang sesuatu pengajaran, guru pelatih perlu memikirkan perkara berikut:
• Apakah perkara yang perlu dipelajari murid? (Kemahiran, fakta, konsep, sikap, nilai, dan sebagainya; di mana melibatkan aspek kognitif, psikomotor dan afektif).
• Apakah yang perlu dipelajari atau dicapai murid? (Merangkumi objektif pengajaran).
• Apakah urutan yang paling sesuai untuk tajuk dan tugasan yang dirancang?
• Apakah kaedah penyampaian yang paling sesuai digunakan supaya objektif pengajaran tercapai dengan mudah dan berkesan?
• Bagaimanakah cara terbaik untuk menilai pengajaran (guru) dan pembelajaran (murid)? Setiap persediaan mengajar perlu mengandungi tiga komponen utama:
i. Objektif pengajaran (yang perlu dicapai murid);
ii. Isi pelajaran (termasuk konsep, prinsip, fakta dan sebagai- nya); dan
iii. Aktiviti guru-murid. Perkaitan antara: Objektif - Isi Pelajaran - Aktiviti, perlu dinyatakan dengan jelas. Dalam konteks ini, objektif diibaratkan sebagai suatu soalan (misalnya, apakah yang perlu dipelajari murid?), di mana jawapannya akan diberikan oleh isi pelajaran (misalnya, murid perlu mempelajari ......... ). Manakala, bahagian aktiviti (guru-murid) mencadangkan bagaimana atau apakah langkah / tindakan (kaedah) yang perlu diambil (atau digunakan) bagi menjawab persoalan yang dikemukakan.

PENEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik?
" Kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah betul... tapi hasil yang saya harapkan masih tidak
tercapai."
"Kalau begitu, adakah teknik-teknik yang kau gunakan itu betul juga"
"Teknik-teknik yang saya pakai tidak mungkin salah lagi"
"Oh ya! Strategi pengajaran macam mana pula..."
"Apa itu stra..."

PENDAHULUAN
Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang
berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan.
Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama
dengan cara pengajaran sahaja. Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius
kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan
pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara
keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan
mengajar supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Rencana ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain. Walau pun
difikirkan bahawa konsep-konsep itu merupakan asas dalam perbincangan pedagogi tetapi
kebanyakan pengarang buku pedagogi masih samar-samar tentang konsep-konsep tersebut.
Untuk menjelaskan konsep-konsep tersebut, perbincangan akan bermula dengan kaedah
pengajaran dan diikuti oleh teknik pengajaran. Selepas kita telah jelas mengenai kedua-kedua
konsep tersebut maka kita akan meneliti konsep strategi serta pendekatan pengajaran. Akhir
sekali kita akan mengulas perhubungan kesemua konsep tersebut dalam situasi pengajaran.

KAEDAH DAN TEKNIK
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Lantaran itu, jika kita ingin memasak ikan maka kita perlu fikirkan apakah kaedah-kaedah
memasak yang kita boleh gunakan. Sudah tentunya, kaedah-kaedah yang biasa kita gunakan ialah seperti menggoreng, merebus, memanggang atau mengukus. Begitu juga kalau kita diminta
memberi kaedah-kaedah menyepak bola kita akan menyatakan kaedah-kaedahnya adalah seperti sepakan sering, sepakan tinggi, sepakan grounder, sepakan banana serta bermacam-macam lagi.
Satu lagi contoh ialah jika kita ingin peri memburu harimau di dalam hutan, kaedah-kaedah yangkita boleh gunakan adalah seperti menembak dengan senapang, memanah, menjerat, menikam atau menombak.
Andaikan kita ingin memasak ikan dengan kaedah menggoreng. Maka sudah tentu kita perlu
memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah tersebut. Kemahiran
khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Sebab itu, bolehlah kita menyatakan bahawa semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik. Umpamanya untuk menggoreng ikan, kita mesti memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum mencurahkan minyak ke dalamnya. Untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali, suatu lagi teknik ialah memasukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali. Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas. Kesemua tindakan yang spesifik ini adalah disebut sebagai teknik menggoreng. Teknik-teknik untuk kaedah memasak ikan secara memanggang pula adalah amat berbeza.
Untuk menjelaskan lagi hubungan kaedah dengan teknik, kita boleh ambil contoh memburu
harimau. Kalau kita hendak memburu harimau dengan kaedah memanah maka teknik-tekniknya adalah seperti meneliti arah angin, kemahiran memegang ibu panah, gerakan tangan untuk membuat sasaran, kedudukan kaki serta tindakan menarik nafas.
Dalam zama atom ini, sudah tentu kaedah memburu harimau dengan kaedah memanah tidak begitu berkesan. Jadi walau pun seorang pemanah itu betul-betul mahir dan telah menguasai segala teknik memanah dengan seratus perstus, maka kemungkinan besar ia dimakan oleh harimau. Itu sebabnya kaedah memburu yang dipilih adalah kurang sesuai walaupun teknik-teknik kaedah itu adalah baik.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran
itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau
Socratik dan lain-lain lagi.
Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam
sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda
sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.
Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktiviti bercerita itu berlangsung.
Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.
Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah
soalanmaka kita pelu menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang
ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan
sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang munasabah bagi semua tindak balas
daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang ditanya dan sebagainya.
Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang
sesuai. Kaedah seperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah
pengajaran seperti demostrasi adalah lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-teknik demostrasi.
Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran
untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

PENDEKATAN
Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang tertentu.
Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti
pendekatan Timur atau pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan
ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang.
Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada rasa seperti rupa makanan tetapi
tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan. Pendekatan Barat ini
adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai
prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.
Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam
belajar bermain tenis. Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan
konvensyenal (tradisional atau acquired) atau biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah
bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik. Manakala bagi
pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,
perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata
pelajaran atau sesuatu kemahiran. Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek
pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama. Sebab itu ada
kalanya pendekatan meyerupai klasifikasi pengajaran di mana jenis-jenis pendekatan wujud
berdasarkan kriteria-kriteria yang kita gunakan untuk meneliti proses pengajaran. Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh digolongkan mengikut cara pengelolaan murid, cara-cra fakta
disampaikan, keaktifan pengajaran atau pelajar, pengajaran bahasa dan pengajaran mata
pelajaran lain. Pendekatan pengajaran yang berasaskan pengelolaan murid adalah seperti pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Pendekatan yang dimaksudkan di sini tidak menyentuh tentang kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran. Guru adalah bebas memilih kaedah yang difikirkan wajar bagi setiap pendekatan tersebut.
Berdasarkan kriteria bagaimana isi pelajaran disampaikan maka terdapatlah pendekatan induktif, pendekatan deduktif, pendekatan eklektik, pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah dan pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.
Pendekatn yang memberi tumpuan kepada pengajar disebut sebagai pendekatan memusatkan guru manakala pengajran yang mementingkan murid disebut sebagai pendekatan memusatkan murid.
Kaedah-kaedah yang seiring dengan pendekatan yang memusatkan guru adalah seperti kaedah
syarahan dan kaedah demonstrasi manakala kaedah-kaedah pengajaran yang selari dengan
pendekatan pengajaran yang memusatkan murid adalah seperti kaedah menyelesaikan masalah,
kaedah bermain dan kaedah perbincangan kumpulan.
Terdapat juga pendekatan-pendekatan yang digunakan untuk mengajar beberapa mata pelajaran mengikut tema-tema pelajaran. Contohnya pengajaran dalam Alam dan Manusia menggunakan perdekatan interdisiplin atau pendekatan bersepadu. Ini adalah kerana beberapa mata pelajaran seperti Sejarah, Geografi dan Kesihatan digabungkan menjadi suatu mata pelajaran yang baru.
Pendekatan ini adalah sama dengan pengajaran Sains Panduan di mana Biologi, Fizik serta Kimia
digabungkan dan diajar mengikut tema-tema tertentu.
Akhirnya dalam pengajaran bahasa terdapat pendekatan-pendekatan seperti pendekatan
komunikasi, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori pembelajaran yang
berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut teori mentalis atau kognitif
maka pendekatan yang digunakan adlah seperti pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu.
Bagi teori behavouris atau S-R maka pendekatan pengajaran yang digunakan adalah pendekatan
komunikasi dan situasi.
Rumusan yang boleh dibuat ialah pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan ia seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu. Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

STRATEGI
Strategi boleh diibaratkan sebagai suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah
untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara
optimum. Seseorang panglima tentera harus memikirkan strateginya untuk mempertahankan
kedudukannya atau menyerang kubu musuhnya.
Sebagai contoh, katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan Singapura. Seorang panglima
Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa
merancang strategi peperangannya. Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan
kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh. Adakah kita menggunakan tentera udara atau
tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelu
menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut. Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi
peperangan.
Andaikan kita menggunakan contoh memasak ikan semula. Kalau kita ingin memasak seekor ikan yang agak besar (5 kilogram) kita perlu merancangkan strategi memasak supaya kita dapat
kepuasan dan faedah yang paling banyak dengan menggunakan masa, tenaga erta sember yang
paling minimum. Di sini kita perlu merancangkan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk memasak ikan tersebut. Umpamanya adalah kita menggoreng kepalanya, merebus ekornya, memanggang tulang diikuti dengan mendidihnya dalam sup, menjerut telurnya dan sebagainya. Kaedah manakah yang kita buat terlebih dahulu? Pendekatan timur atau barat yang patut diikuti untuk memasak? Rancangan yang lengkap ini boleh disebut sebagai strategi memasak.
Bagaimana dengan strategi memburu harimau pula? Kita telah membincangkan kaedah-kaedah
yang boleh digunakan untuk memburu harimau. Jadi bagaimanakah rancangan kita untuk
menggabungkan kaedah-kaedah tersebut seupaya harimau itu dapat diburu dengan mudah.
Adakah kita memagar kawasan yang didiami oleh harimau dan menahan jerat pada kawasan-kawasan tertentu. Apabila harimau telah terjerat, barulah kita menembaknya. Atau perlukah kita menghadkan makanan harimau untuk melapar dan meletihkannya kemudian membunuhnya dengan lembing.
Untuk memenangi sesuatu pertanding badminton, seseorang pemain bukan sahaja perlu menguasai segala kaedah untuk menghantar bola tangkis kepada lawannya tetapi a juga perlu merancangkan strategi permainan itu. Strategi permainan adalah seperti bermain secara defence pada pemainan pertama untuk meletihkan musuh dan kemudiannya menyerang dengan secara smash yang kencang pada pemainan kedua. Adakah dia sengaja bermain sebanyak 3 atau 2 pemainan sahaja. Jika pemain itu menguasai semua kaedah menghantar bole tangkis dengan sempurna tetapi strategi permainannya tidak sesuai mana ia akan ditawan. Oleh sebab itu, ada kalanya pasukan yang mahir dalam semua kaedah permainan dikalahkan sebab strategi permainan tidak sesuai.

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan
berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.
Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik
sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk
strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu
kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting
adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

STRATEGI PENGAJARAN
Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan
berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Sebagai contoh, untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi pengajaran harus
mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.
Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil? Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif? Di samping itu, apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan. Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu? Bagaimanakah kombinasinya? Ringkasnya rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.
Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang
berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita
perlu rancangkan pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KBSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Di samping itu, setiap bilik darjah mempunyai halangan serta rintangan-rintangan yang tersendiri seperti keadaan fizikal, kemudahan bilik darjah, nilai, norma serta latar belakang sekolah dan murid. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya. Kita biasanya mendengar pendapat bahawa tiada terdapat mana-mana kaedah yang paling baik sekali. Ini amat benar kerana kaedah-kaedah mengajar mestilah diatur untuk membentuk strategi pengajaran mengikut keadaan di mana proses pengajaran itu berlaku. Jelasnya sesuatu kaedah pengajaran tidak menjaminkan pencapaian matlamat pengaajaran. Yang lebih penting adalah interaksi kaedah itu dengan kaedah-kaedah lain.

KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat setakat ini ialah sesuatu strategi pengajaran menggabungkan
pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum
sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi
menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

Friday, October 2, 2009

Seni Tampak

Apa itu Seni Tampak
1) Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan , keseronokan dan kesenangan estetik . Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej dan pihak penerima mesej tersebut akan saling bersama menyempurnakan mesej – mesej yang disampaikan . .Dengan lain perkataan , komunikasi yang berkesan hanya akan berlaku dengan sempurna apabila mesej pengirim dapat diterima dengan tepat oleh sipenerima. 2) Sementara itu , menurut Muslim dalam Kitab Al-Iman , menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui .- Bagi orang yang mempunyai ilmu seni apabila bertemu dengan objek alam semulajadi seperti bunga , daun , haiwan dan sebagainya, ia akan dapat mencipta dan melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap objek tersebut melalui karya seni atau setidak-tidaknya , ia akan dapat menghargai objek tersebut .- Penyisihan atau penolakan akan berlaku apabila seseorang bertemu dengan objek yang ia tidak mempunyai pengetahuan tidaklah mempunyai pengetahuan mengenainya . 3) Berlandaskan kepada faktor bahawa kesenangan dan keindahan estetik memerlukan ilmu dan pengetahuan , tidaklah menghairankan jika dalam mendefinasikan maksud seni terdapat banyak pendapat yang berbeza . Perbezaan tersebut berlaku disebabkan oleh beberapa faktor bergantung kepada ,• Tinggi atau rendahnya ilmu pengetahuan seseorang • Falsafah , estetik dan pegangan budaya seseorang atau sesuatu bangsa .• Zaman atau era ( masa ) Lantaran itu terdapat beberapa pendapat mengatakan bahawa seni adalah pernyataan diri ( art as self-expression ) .Mereka yang berpegang kepada pendapat ini beranggapan bahawa Seni Halus iaitu catan , arca lukisan dan cetakan sahajalah yang dapat diterima sebagai seni , kerana melalui aktiviti tersebutlah pernyataan diri dapat dilahirkan dengan bebas .Frank Cizek menyatakan bahawa terdapat daya kreatif yang hebat dalam diri kanak-kanak yang memerlukan jalan keluar untuk menyatakan ekspresi diri .Oleh itu kanak- kanak seharusnya diberi ruang dan peluang untuk melukis tentang apa yang mereka mahu , tentang apa yang mereka lihat dari kaca mata mereka sendiri , bukan melukis tentang apa yang orang lain fikiran .Berlainan pula dengan pendapat Walter Gropius ( Bayer , Gropius and Qropius ) – German Bauhaus (1991 ) yang berpendapat bahawa kraf dan rekabentuk adalah seni Halus . Seni seharusnya memberi faedah dan berfungsi kepada kehidupan seharian dan masyarakat bukan sekadar untuk menyatakan hasrat diri . Pada tahun 1930an satu kajian telah dibuat oleh Owatonna Art Education Study Project , University Of Minnesota – mengangkat slogan “ Art , a way of life” iaitu seni Halus tidak seharusnya terasing dengan Seni Gunaan kerana kedua-duanya merangkumi aspek kehidupan .
Fungsi / Gunaan Seni Visual
Fungsi / GunaanSeperti juga produk yang lain, hasil seni visual juga ada fungsi atau kegunaannya sendiri. Ia boleh berfungsi sebagai alat dokumentasi contohnya catan dinding gua batu (dokumentasi sejarah atau aktiviti orang zaman batu), sebagai alat propaganda, ekspresi diri (luahan perasaan, emosi, idea dan lain-lain. Selain itu hasil seni kraf seperti tembikar berfungsi sebagai alat menyimpan air, ukiran sebagai hiasan dinding.A. Pengalaman EstetikTajuk ini menyatakan tentang pengertian Seni Visual berdasarkan pengalaman estetik dan bagaimana pengalaman itu dapat dikuasai oleh pelajar. Aspek yang terlibat dalam pengalaman estetik ialah aspek pengalaman intelektual dan pengalaman langsung dengan karya seni itu. Kedua-dua bentuk pengalaman ini lebih kepada pendekatan atau methodology dalam penghasilan karya.Seseorang pelajar atau pelukis boleh menguasai atau mengalami pengalaman estetik melalui pendekatan intelektual dan pendekatan langsung ini.Pengalaman Intelektual (Proses sebelum penghasilan karya -Pendekatan Intelektual)Bermaksud penghasilan sesuatu produk seni yang memerlukan proses kajian, pengumpulan maklumat, penguasasaan maklumat daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan produk yang hendak dihasilkan. Hasil maklumat akan dianalisis dan dikaji semula serta dibuat eksperimen tentang kesesuaiannya. Proses mengkaji dan mengumpul maklumat inilah yang dikatakan sebagai pengalaman intelektual. Ia juga melibatkan penerokaan yang berbentuk eksperimen. Melalui pendekatan intelektual seperti ini akan mempertajamkan lagi pengalaman estetik seseorang itu.Contoh yang paling mudah ialah penghasilan reka bentuk kereta masa depan. Sebelum reka bentuk dihasilkan pelukis hendaklah membuat kajian terlebih dahulu tentang kereta berkenaan dari pelbagai sudut. Kemudian barulah model kereta dibuat. Proses mengkaji tersebut disebut sebagai pengalaman intelektual. Portfolio kerja kursus yang dihasilkan oleh pelajar juga merupakan satu contoh proses pengalaman intelektual. Portfolio merupakan satu proses yang harus dibuat oleh pelajar sebelum menghasilkan produk.Pengalaman Langsung (Proses membuat karya-proses teknikal)Pengalaman langsung juga menyumbang kepada pengalaman estetik seseorang itu. Pengalaman langsung atau direct contact ialah satu proses penghasilan produk seni. Berlaku hubungan langsung antara pengkarya dengan karyanya secara sedar. Koordinasi deria berlaku antara mata dengan tangan serta otak. Fikiran (otak) menyatakan tentang sesuatu yang bersifat kreatif. Proses mengindahkan karya berlaku. Proses ini disebut proses artistik.Penglibatan deria: Proses membuat karya juga merupakan satu proses teknikal baik pada peringkat permulaan atau peringkat berlangsungnya proses berkarya. Mata merupakan satu aspek deria yang penting dalam proses pengamatan. Melalui proses pengamatan kualiti visual yang ada pada objek seperti jalinan, ruang, ton dan lain-lain dapat dilihat dan diamati. Benda yang dilihat tersebut seterusnya akan ditangkap oleh minda dan kemudian dianalisis. Maklumat yang telah dianalisis tersebut kemudiannya ditapis oleh otak. Berlaku proses penambahan dan pengurangan maklumat yang telah diterima tadi. Kemudian berlaku proses koordinasi antara mata dan otak seterusnya mengalir ke tangan. Maka bermulalah proses membuat karya. Inilah yang disebut sebagai pengalaman langsung dimana semua proses berlaku semasa menghasilkan karya.

Nilai Estetik (keindahan)
EstetikaSeni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya.Pengkarya/Pelukis/Pandai Tukang Setiap hasil seni visual atau produk seni ada agen yang mewujudkannya. Agen itu dikenali sebagai pengkarya, pelukis atau pandai tukang. Tanpa agen ini tiada produk seni.Asas Seni RekaAsas seni reka merangkumi aspek elemen dan prinsip rekaan dalam seni tampak. Asas-asas ini mendukung kewujudan produk seni visual itu. Aspek ini juga dikenali sebagai sebahagian daripada bentuk atau form dalam bahasa seni tampak. Produk seni seperti catan umpamanya perlu dihasilkan mengikut peraturan seni reka contohnya ada aturan ruang, imbangan, kontra dan sebagainya. Karya seni yang tidak menggunakan asas seni reka dianggap kurang bermutu. Hasil seni tradisi seperti ukiran juga mementingkan asas rekaanya sendiri.Asas seni reka ada dua komponen utama iaitu ELEMEN/UNSUR dan PRINSIP. Elemen rekaan termasuklah garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna. Prinsip rekaan pula meliputi harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi. Elemen dan prinsip ini perlu diadun dengan baik oleh seseorang pelukis dalam menghasilkan sesebuah karya seni visual.
Konsep Seni Visual
Konsep Seni VisualKonsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan.Penyataan Diri (self – expression)Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini. Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa. Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng. Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak terkawal.Golongan pelukis pula menyatakan ekspresi diri mereka melalui catan, arca atau lukisan. Contoh pelukis seperti Vincent Van Gogh, Jackson Pollock. Kesimpulannya, Seni Visual adalah penyataan perasaan, emosi, idea dan manifestasi fikiran.Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.Bahasa Seni (laras bahasa) Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni (warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni, pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa makna.Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding, catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang Kelapa ). Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social. Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak.Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau pengkritik/audien.

PENGERTIAN SENI VISUAL
1.1 : PENGERTIAN SENI VISUALSeni Secara UmumSeni secara umum agak luas seperti seni tari, seni muzik, seni bina, seni lakon, seni silat, seni ukir, seni lukis, seni kraf, seni penulisan dan sebagainya. Kesenian ini sebenarnya ada kategorinya sendiri umpamanya Seni Persembahan (meliputi seni lakon, seni suara dan sebagainya), Seni Penulisan Kreatif (penulisan cerpen, puisi, skrip drama dan sebagainya), dan Seni Visual/Tampak (meliputi seni Kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya).Visual atau Tampak secara terminologinya bermaksud boleh dilihat atau disentuh. Jadi yang tergolong dalam sesuatu yang boleh dilihat dan disentuh ialah catan, lukisan, arca, ukiran, binaan bangunan dan sebagainya. Ia bukan setakat dilihat tetapi ia perlu difahami maksudnya atau sekurang-kurangnya teknik membuatnya, siapa membuatnya, mengapa ia dibuat, apa fungsinya, apa rujukannya, apa ideanya dan sebagainya. Maka ini akan menjurus kepada apresiasi pula di mana proses pemahaman dan kritikan berlaku baik secara lisan mahupun bertulis.Proses apresiasi ini pula melibatkan penggunaan laras bahasa tampak tertentu seperti unsur-unsur seni (garisan, rupa, bentuk, ruang, jalinan, dan warna), prinsip rekaan (harmoni, kepelbagaian, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan/irama/rentak/pengulangan, kesatuan dan ekonomi), bahan dan alat, teknik dan gayaan, terminologi dan simbol. Komunikasi akan menjadi lebih berkesan jika laras bahasa ini dikuasasi sepenuhnya oleh individu atau masyarakat.

LUKISAN


LUKISAN
1.Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus.2.Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang.3.Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk menghasilkan karya.4.Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti.5.Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual.6.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.7.Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). 8.Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia.

SEJARAH LUKISAN
Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan oleh manusia purba.Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupan seharian seperti perburuan dan pengembaraan.Di Malaysia lukisan gua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yang sama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisan ringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang dan berkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkin menjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.

MEDIA
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untuk mendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan media basah. Contohnya, warna pensel dan warna air.Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakan tetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.Lukisan menitikberatkan kepada penghasilan struktur bentuk sesuatu benda dengan penggunaan pelbagai jenis garisan.

TUJUAN PENGHASILAN
Mengkaji struktur sesuatu benda dengan lebih terperinci menggunakan aplikasi unsur dan prinsip seni reka. Contohnya, memasukkan jalinan dan imbangan pada bentuk yang dilukis.Gambaran awal atau gambaran ringkas sebelum penghasilan imej akhir. Contohnya, lukisan sesuatu imej dihasilkan sebelum penghasilan imej sebenar pada catan.Menerusi lukisan juga boleh dijadikan sebagai sindiran atau komentar sosial dalam sesebuah masyarakat dan ia dapat mempengaruhi psikologi manusia. Contohnya, lukisan kartun yang menyindir sistem sosial dalam sesebuah masyarakat.Lukisan juga dapat dijadikan sebagai luahan emosi dan ekspresi pengkarya melalui tema yang disampaikan melalui imej-mej tertentu.

JENIS LUKISAN
1.Lukisan FiguratifPenumpuan kepada tubuh badan dan anatomi manusia

2.Lukisan FantasiLukisan imaginasi di alam nyata atau khayalan

3.Lukisan IlustrasiLukisan yang mempunyai tema atau keterangan tertentu yang ingin disampaikan kepada audiens.

4.Lukisan KajianMerakamkan ketelitian pada subjek yang dikaji.Contoh,memasukkan unsur jalinan, cahaya dan struktur bentuk yang terperinci

5.Lukisan Kontour

6.Lukisan Gesturea.Menggunakan seluruh pergerakan tangan dan tidak terhad pada pergelangan tangan.b.Dihasilkan sebelum penghasilan catan, arca atau seni grafik.c.Dihasilkan dalam masa yang singkat dan digunakan untuk menyelaras antara kerja mata, minda dan tangan pada objek yang dilukis.

7.Lukisan TeknikalMenggunakan skala tertentu untuk memastikan sudut pandangan dan kadar banding yang tepat.

8.Lukisan Kartuna. Menggunakan pelbagai kualiti garisan dan garisan ringkas untuk menggambarkan watak-watak kartunb. Digambarkan melalui tema jenaka


BAHAN DAN MEDIA
Penggunaan bahan dan media adalah penting dalam menghasilkan lukisan. Tetapi ini tidak bermakna bahan dan media yang mahal sahaja mampu menghasilkan lukisan yang bermutu dan menarik. Lukisan yang bermutu dan kreatif boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan yang biasa sahaja. Tidak dinafikan juga, penggunaan bahan yan gmahal dan berkualiti merupakan satu rangsangan dalam penghasilkan lukisan.

PENSEL
Pensel merupakan media serba boleh dalam bidang lukisan. Ia digunakan untuk menghasilkan pelbagai nilai di atas banyak permukaan. Pensel digolongkan mengikut nilai kekerasannya. Pensel 6H ( paling keras ) hingga H; kemudian HB; seterusnya B, 1B hingga 8B (paling lembut). Pensel lembut seperti HB atau B adalah sesuai untuk lukisan biasa. Jika pensel HB atau B digunakan secara tajam, ia akan menghasilkan garisan yang tajam dan jika ditekan garisan yang terbentuk akan lebih tinggi nilai kepekatannya. Pensel HB atau pensel yang lembut adalah lebih senang untuk dikawal berbanding pensel yang keras. Garisan yang dihasilkan oleh pensel lembut boleh dicomotkan dengan kaedah gosokan dengan tangan atau pemadam. Jika terlalu banyak bahagian sesebuah lukisan itu dicomotkan, lukisan itu akan kelihatan samar – samar.

ARANG
Arang merupakan bahan yang memberi kebebasan untuk menghasilkan lukisan secara spontan. Arang yang pendek adalah lebih senang digunakan. Comotan dengan tangan atau pemadam akan menghasilkan pelbagai jalinan dalam lukisan menggunakan arang. Manakala kesalahan pula adalah senang untuk diperbaiki kerana lukisan asal senang dipadamkan dengan menggunakan kain. Hasil lukisan yang telah siap mestilah disemburkan dengan bahan pemati dan seterusnya dilindungi dengan kertas tisu bagi mengelakkan comotan.

PEN DAKWAT
Pen dakwat adalah salah satu alat melukis yang senang untuk digunakan. Pen seperti Rapidograph, Rotring dan Faber Castle mempunyai mata pen yang pelbagai saiz. Dakwat kalis air akan menghasilkan kesan warna yang legap. Dakwat biasa adalah kurang legap jika digunakan dan akan memberi beberapa nilai warna jika digunakan secara terkawal. Air boleh dicampurkan kepada dakwat jika warna yang lebih terang diperlukan.

PEN MATA BOLA
Pen mata bola sesuai digunakan untuk lakaran yang ringkas atau contengan, tetapi sukar untuk menghasilkan lukisan yang pelbagai nilai warna dengan menggunakan pen yang sama.PEN FELT Pen felt sesuai digunakan untuk lakaran atau contengan.

CONTE CRAYON
Conte crayon mempunyai kekerasan yang berbeza. Cara menggunakan conte crayon adalah sama seperti menggunakan menggunakan arang.

KRAYON LILIN
Krayon lilin lembut tetapi sukar untuk dipadam setelah dilukis. Salah satu ciri istimewa crayon lilin adalah gurisan boleh dibuat di atas lukisan untuk menimbulkan kesan yang menarik.

PASTEL
Pastel adalah lebih lembut daripada krayon lilin dan mempunyai banyak warna.

BERUS
Berus telah lama digunakan oleh pelukis – pelukis Cina dan Jepun sebagai alatan melukis mereka. Lazimnya, berus yang besar boleh menghasilkan garisan yang nipis jika dikawal dengan betul. Berus yang kecil pula mampu menghasilkan garisan yang tebal daripada garisan yang dihasilkan dengan mata pen yang lebar.

FUNGSI DAN BENTUK LUKISAN
Lukisan adalah proses yang ringkas dan cepat untuk merakam idea dan imej secara visual selepas pemerhatian rapi dibuat. Garisan, titik – titik lorekan dan gurisan digunakan untuk merakam idea atau imej di atas kertas atau apa saja permukaan yang rata. Lukisan juga boleh diubahsuai atau diperkembangkan untuk membentuk hasil seni yang lain. Catan, cetakan, arca, seni grafik dan kraftangan adalah bermula daripada lukisan ringkas yang juga dikenali sebagai lakaran. Lukisan yang dihasilkan menerusi pengamatan, kajian dan imaginasi akan menghasilkan karya seni yang kreatif. Jadi, latihan yang banyak akan dapat melatih dan meningkatkan lagi nilai lukisan. Pemerhatian yang rapi dan teliti akan membolehkan seseorang pelukis merakam imej atau objek yang lebih bermakna lagi. Objek yang terdapat disekeliling kita samada objek semulajadi atau buatan manusia boleh dijadikan bahan dalam lukisan. Had masa melukis adalah tidak berapa penting. Biasanya, lukisan yang ringkas yang hanya memerlukan masa selama 10 minit mampu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karya seni yang menarik. Lukisan yang menarik biasanya ialah hasil lukisan pelukis yang berminat atau mempunyai minat yang mendalam dalam berkarya. Objek yang dilukis kadangkala tidak semestinya menarik minat pelukis tetapi proses melukis serta kaedah baru seseorang pelukis melukis objek berkenaan yang menimbulkan rangsangan untuk mencuba dan memperkembangkan lukisannya.

LUKISAN
Rembrandt-‘The Omval’Albrecht Durer-‘Head of an Apostle’Istilah daripada kamus The Oxford : The art of representing by line, delineation without color or with a single color; terjemahannya berbunyi ‘lukisan ialah garisan yang membentuk imej dengan tidak menggunakan warna atau menggunakan warna yang terhad. Lukisan adalah kerja – kerja di peringkat awal dalam menghasilkan catan, cetakan, arca dan pelbagai lagi kerja – kerja seni. Namun begitu, pengertian lukisan itu seringkali disalahertikan oleh kebanyakan orang yang menganggap bahawa lukisan dan catan adalah sama. Melukis dikatakan dapat memberi kesan terhadap diri individu dan keaslian karya kepada pengkarya. Ini adalah kerana, melukis kebiasaannya dilakukan secara spontan yang melibatkan gerak hati dan dizahirkan melalui gerak tangan. Melukis dengan kerap adalah merupakan latihan kemahiran melukis dimana pelukis akan dapat menghayati lukisannya. Pelukis agong, Albrecht Durer, dalam lukisannya yang bertajuk ‘Head of an Apostle’ telah memperlihatkan penggunaan teknik garisan silang dalam karya tersebut. Penegasan adalah tertumpu kepada bahagian muka. Penggunaan garisan dapat memberikan kesan pada form dan ton. Sementara itu bagi pelukis Rembrandt dalam lukisannya yang bertajuk ‘The Omval’ memperlihatkan penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan dalam karya tersebut memberi kesan perspektif dan membentuk lanskap yang menarik.

Lukisan
Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan karyanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia pra sejarah.
LUKISAN
Lukisan ialah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang seni halus. Biasanya lukisan menggunakan media kering untuk penghasilan karya. Penghasilan lukisan bertujuan untuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secara teliti. Menerusi lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritual manusia.

Apa Laras Bahasa Seni Tampak ?
Oleh kerana Seni Tampak adalah merupakan pernyataan tanpa kata , ia mempunyai tata danlaras bahasanya yang tersendiri yang bersifat sejagat – dimengertikan dan difahami melalui• Unsur-unsur seni• Prinsip Rekaan • Bahan dan alat• Teknik dan Gayaan • Terminologi dan Simbol

KARYA SENI VISUAL
Penghasilan seni visual melibatkan penggunaan:(i) Media - bahan atau bahantara yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.Contohnya catan cat minyak. (ii)Teknik - kaedah atau cara yang digunakan untuk membentuk dan menghasilkan karya.Contohnya catan cat minyak menggunakan teknik impasto.Hasil seni visual pula terbahagi kepada dua bentuk penghasilan karya iaitu hasil karya dua dimensi dan tiga dimensi.Contohnya catan dan arca.Dalam seni halus, karya seni adalah hasil atau ciptaan seni seperti catan, arca, atau cetakan dan lain-lain yang diolah dan dibentuk sehingga menjadi sesuatu yang indah yang mengandungi lebih pernyataan simbolik daripada fungsi khusus.Perkataan karya seni atau dalam bahasa Inggerisnya “artwork” telah digunakan secara meluas dalam sejarah seni moden dan pasca moden dan berkembang meliputi karya fotografi, filem, seni persembahan, seni konseptual dan seni video.Apa yang ditanggapi sebagai sebuah karya seni berbeza mengikut budaya dan era sesebuah zaman atau aliran.
October 2008 August 2008 Home