Saturday, September 3, 2011

CATAN

CATAN
Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding.
Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

SEJARAH CATAN
Sejarah catan dikatakan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya mengambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan pada masa itu ialah bahan warna dari sumber asli seperti . Zaman kelahiran semula atau dalam bahasa Perancis disebut zaman Renaissance merupakan zaman kemumcak seni lukis di Eropah. Ramai pelukia Eropah pada masa itu menggunakan media cat air, cat minyak, fresko dan tempera. Antara pelukis yang termasyhur ialah Leonardo da Vinci dengan catannya yang bertajuk “Mona Lisa”, Albert Durer dengan cat airnya yang bertajuk “The Great Picee of Turt”,yang terkenal dengan gelaran “Bapa Cat air Eropah”(sekadar dua pelukis). Pada zaman itu pelukis hanya menggambarkan catan realistik.
Pada abad ke-19 dan ke-20, muncul suatu aliran baru dalam persembahan catan. Pelukis-pelukis aliran mula mempersembahkan karya berbentuk semi-abstrak dan abstrak. Antara pelukis termasyhur ialah Paul Cezanne, Vincent Van Gogh, Publo Picasso, Salvado Dali, Jackson Pollck dan lain-lain.
Di Malaysia catan hanya berkembang pada sekitar 1930-an. Pelukis terkenal pada masa itu ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen. Mereka berkarya menggunakan media cat air dan mempersembahkan landskap tanah air.

0 comments:

Post a Comment