Wednesday, October 5, 2011

Pengurusan Studio Dan Bilik Seni Di Sekolah

KEPERLUAN ASAS BILIK SENI

(a) Warna Dinding - Warna-warna yang disarankan adalah warnawarna
terang - nampak besar selain daripada sesuai untuk
dijadikan latar
(b) Papan Buletin - untuk mempamerkan hasil karya pelajar selain
sebagai tempat untuk menyampaikan maklumat
(c) Cahaya - menggunakan sinaran cahaya semula jadi dari luar.
(d) Bahan Pameran Khas - mempamerkan objek semula jadi
yang boleh membangkitkan rasa ingin tahu.
(e) Zon Kerja- lokasi murid menghasilkan karya dan menyiapkan
kerja mereka – meja kerja , bahan seni , warna , jarak yang sesuai
antara pelajar.
(f) Stor Penyimpanan - Rak simpanan boleh digunakan untuk
menyimpan bahan dan hasil karya pelajar seperti folio dan buku
latihan.

KESELAMATAN DAN DISIPLIN
(a) Membaca Label Bahan - mengandungi kandungan yang
merbahaya dan boleh membahayakan kesihatan murid.
(b) Pilih Bahan Sesuai Mengikut Peringkat Umur -
mengenalpasti bahan dan alatan yang sesuai dengan tingkatan
umur murid.
(c) Mewujudkan Panduan Keselamatan - Dokumen
keselamatan disediakan sebagai
peraturan yang digunakan oleh semua murid untuk
mengelakkan kemalangan.
(d) Menggunakan Bahan Alternatif - mencari bahan
dan alat alternatif bagi menggantikan alatan dan
bahan yang tidak selamat. Cth Cat minyak - Cat
air/Pewarna berasaskan , Varnish - Cat tempera
Thinner- Acrylic

Pemilihan Karya
Kriteria pemilihan karya murid perlu melihat kepada
dua perkara iaitu dari sudut pedagogi (keberkesanan
dan penyampaian proses dan kaedah menghasilkan
karya ) dan juga nilai estetik (pencapaian objektif
penghasilan karya – untuk cantik atau sebaliknya ).

Susun Atur Karya

Karya 2 Dimensi - bahan dan karya 2 dimensi sebuah
panel pameran diperlukan 4 x 8 ‘
- setiap karya yang ingin dipamerkan perlu
dibingkaikan supaya nampak kemas dan menarik.

Karya 3 Dimensi – Meja yang dilapik dengan kain
berwarna boleh digunakan sebagai tempat untuk
meletakkan objek dan hasil karya. - disusun mengikut
jenis dan ketinggian - hasil karya seramik, sejenis
kotak yang dikenali sebagai pedestal boleh digunakan.

0 comments:

Post a Comment