Friday, March 5, 2010

CONTOH SOALAN HBAE 1103(Pengenalan Pendidikan Seni Visual)

BAHAGIAN A
ARAHAN: Terdapat SEPULUH (10) soalan dalam Bahagian A. Jawab SEMUA soalan.

SOALAN 1
Plato (427-347 Sebelum Masehi) merupakan tokoh terunggul dan terawal dalam bidang Seni Visual. Nyatakan DUA (2) pandangan Plato tentang Seni Visual. [4 markah]

SOALAN 2
Konsep seni, menurut Sidi Ghazalba, adalah bertunjangkan kepada mardatillah. Seni yang bagaimanakah menepati pandangan beliau? [4 markah]

SOALAN 3
Penerokaan merupakan interaksi yang kritis dan kreatif terhadap bahan, sebelum aktiviti seni dijalankan. Senaraikan DUA (2) ciri aktiviti penerokaan yang seharusnya dilakukan oleh pelajar untuk mendapat hasilan seni yang bermutu. [4 markah]

SOALAN 4
Di dalam kerja menggambar secara kolaj dan montaj, terdapat persamaan dan perbezaan daripada aspek penggunaan dan cara mengaplikasi alat dan bahan. Nyatakan DUA (2) perbezaan antara penghasilan kolaj dan penghasilan montaj. [4 markah]

SOALAN 5
Corak pualaman dihasilkan secara tidak terancang. Nyatakan DUA (2) peringkat bagaimana corak pualaman dihasilkan. [4 markah]

SOALAN 6
Karya “Still Life With Musical Instruments” oleh Jaques Lipchitz telah dihasilkan pada 1918.
(a) Apakah jenis arca yang dimaksudkan?
(b) Apakah bahan yang digunakan untuk menghasilkan arca ini? [4 markah]

SOALAN 7
Di dalam menghasilkan batik tulis, lilin panas (cair) dikenakan ke atas motif yang dilukis di atas permukaan fabrik, di mana kemudiannya motif ini diwarnakan. Nyatakan DUA (2) proses berikutnya. [4 markah]

SOALAN 8
Sebagai seorang guru, rancangan pengajaran adalah persediaan penting untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Nyatakan DUA (2) tujuan lain rancangan pengajaran. [4 markah]

SOALAN 9
Seni ukiran kayu Melayu tradisional adalah budaya yang mempunyai nilai estetika yang kaya. Namakan DUA (2) bangunan yang masih mengekalkan budaya ukiran kayu ini. [4 markah]

SOALAN 10
Di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual, terdapat bahagian “Kemuncak”. Nyatakan DUA (2) kepentingan kemuncak di dalam pengajaran dan pembelajaran Seni Visual. [4 markah]

[Jumlah: 40 markah)

BAHAGIAN B

ARAHAN: Terdapat LIMA (5) soalan dalam Bahagian B. Jawab TIGA (3) soalan sahaja.

SOALAN 1
Seni, menurut Herbert Read, adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian. Tiga (3) perkara penting yang beliau kemukakan tentang seni disenaraikan di bawah. Bagi SETIAP SATU daripada tiga (3) perkara ini, berikan TIGA (3) huraian berdasarkan penyataan beliau.
(a) Ekspresi diri dan komunikasi. [6 markah]
(b) Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak. [6 markah]
(c) Apresiasi dan tindak balas individu terhadap hasil kerja orang lain. [8 markah] [Jumlah: 20 markah]

SOALAN 2
Porfolio seni merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja Pendidikan Seni Visual, pengetahuan, intelek dan kebolehan menyelesaikan masalah seseorang murid. Nyata dan huraikan LIMA (5) sebab mengapa portfolio seni merupakan suatu amalan yang sangat relevan untuk pembelajaran murid. [20 markah]

SOALAN 3
”Membentuk dan membuat binaan” merupakan bidang ketiga di dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR. Kemahiran di dalam bidang ini perlu dikuasai dengan baik supaya nilai estetika dan etika dapat diaplikasikan dengan berkesan. Jelaskan LIMA (5) kemahiran asas di dalam mengaplikasi alat, bahan dan teknik di dalam menghasilkan arca stabail kertas. [20 markah]

SOALAN 4
Kaedah inkuiri-penemuan merupakan salah satu daripada beberapa diskripsi di dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam Pendidikan Seni Visual.
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah inkuiri – penemuan? [5 markah]
(b) Jelaskan LIMA (5) faedah kaedah inkuiri-penemuan di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [15 markah]
[Jumlah: 20 markah]

SOALAN 5
Set induksi adalah langkah terawal di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.
(a) Nyatakan LIMA (5) tujuan set induksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [10 markah]
(b) Huraikan EMPAT (4) rasional yang perlu dipertimbangkan semasa menyediakan set induksi di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. [10 markah] [Jumlah: 20 markah]

0 comments:

Post a Comment