Friday, March 5, 2010

SOALAN HBAE 1103 (2009)

BAHAGIAN A
ARAHAN Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1.
(a) Senaraikan DUA matlamat Pendidikan Seni Visual.
(b) Nyatakan DUA pendapat Plato tentang seni. ( 4 )

2.
Nyatakan EMPAT peranan guru Pendidikan Seni dalam penilaian berasaskan sekolah (PKBS). ( 4 )

3.
(a) Untuk memastikan pelajar dapat menguasai kemahiran menggambar, apakah pendekatan yang sesuai digunakan dalam aktiviti melukis.
(b) Berikan DUA jenis teknik yang sesuai untuk aktiviti menggambar. ( 4 )

4.
Senaraikan EMPAT perkara yang perlu ada dalam menyediakan Rancangan Tahunan. ( 4 )

5.
Nyatakan perbezaan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam Pendidikan Seni Visual. ( 4 )
(Jumlah : 20)

BAHAGIAN B
ARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1.
Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kreatif, kritis, inovatif dan inventif.
(a) Senaraikan EMPAT objektif Pendidikan Seni Visual. (4)
(b) Senaraikan TIGA perkara yang berkaitan dengan Konsep Kendiri berdasarkan Konsep Seni Visual Barat. (6)
(c) Huraikan peranan Pendidikan Seni Visual dalam perkembangan kanak-kanak. (10) ((Jumlah : 20)

2. Pengujian dan penilaian perlu dijalankan bagi mendapatkan maklumat tentang pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan.
(a) Huraikan maksud pengujian dan penilaian dalam Pendidikan Seni Visual. (4)
(b) Senaraikan ENAM tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual. (6)
(c) Menurut Paulson dan Meyer (1991), portfolio ialah koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar dalam bidang pelajaran. Huraikan proses yang perlu ada dalam sesebuah portfolio Pendidikan Seni Visual.(10)
(Jumlah : 20)

3. (a) Jelaskan maksud bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual
i) Menggambar
ii) Membuat rekaan dan corak
iii) Membentuk dan membuat binaan
iv) Kraf tradisional (8)

(b) Dalam penghasilan karya, beberapa langkah atau panduan yang betul akan dapat mempertingkatkan kemahiran pelajar. Huraikan ENAM panduan untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan teknik.( 12 )
(Jumlah : 20)

4. Suasana dalam bilik darjah sangat mempengaruhi iklim pengajaran dan pembelajaran. Guru Pendidikan Seni Visual perlu memainkan peranan penting dalam membangkitkan iklim yang sesuai untuk kelas Pendidikan Seni Visual.
(a) Senaraikan LAPAN aspek yang perlu diberi perhatian dalam pengurusan bilik seni.(4)
(b) Beri pendapat anda bagaimana iklim bilik Pendidikan Seni Visual membantu dari segi fizikal, emosi dan sosial.(6)
(c) Lukiskan satu pelan bilik seni yang sesuai dan kondusif serta labelkan tempat-tempat tertentu dan huraikan pelan anda mengikut pendapat serta pandangan anda sendiri.( 10 )
(Jumlah : 20)

5. Rekaan dan corak merupakan satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam kurikulum Pendidikan Seni Visual.
(a) Berikan maksud corak dan DUA jenis motif yang boleh digunakan untuk membuat corak. (4)
(b) Apa yang anda faham tentang corak terancang? Huraian perlu bersertakan dengan contoh lukisan EMPAT jenis corak terancang. (6)
(c) Fikirkan SATU aktiviti corak tidak terancang yang sesuai untuk pelajar tahap satu. Buatkan SATU rancangan mengajar yang lengkap dengan langkah-langkah untuk mengajar.( 10 )
(Jumlah : 20)

BAHAGIAN C
ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1.
Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikir dan dirasa.
(a) Jelaskan kepentingan pendekatan apresiasi dan kritikan secara psikologi membantu pembentukan jiwa dan peribadi pelajar terhadap seni. Huraikan bagaimana aspek nilai dapat ditanam atau dipupuk melalui aktiviti apresiasi. (10)
(b) Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni, berasaskan proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap. Huraikan EMPAT tahap tersebut berpandukan sebuah karya catan.
i. Menggambarkan (description);
ii. Menganalisa (analysis);
iii. Tafsiran (interpretation);
iv. Penilaian (evaluation).( 10 )
(Jumlah : 20)

2.
(a) Sebagai guru anda harus menyedari akan kepentingan Rancangan Pengajaran. Jelaskan kepentingan tersebut bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. (4)
(b) Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Seni Visual hendaklah sesuai dengan objektif dan isi kandungan pelajaran. Jelaskan perbezaan serta contoh kaedah dan teknik dalam Pendidikan Seni Visual. (6)
(c) Anda dikehendaki menyediakan satu aktiviti membuat bentuk dan binaan sebuah Robot yang boleh membuat semua kerja-kerja rumah. Hasilkan SATU contoh aktiviti untuk pelajar tahap enam dengan menggunakan kaedah inkuiri-penemuan serta jelaskan teknik yang sesuai digunakan untuk aktiviti membuat robot.( 10 )
(Jumlah : 20)

0 comments:

Post a Comment