(a) Warna yang disapu atas permukaan kertas yang basah.
(b) Sesuai untuk menampakkan kesan air atau awan.
(c) Sesuai untuk menghasilkan kesan warna lut sinar.
(d) Memerlukan berus basah dicelup ke dalam warna yang cair sebelum disapu pada kertas lukisan.
(e) Merupakan teknik paling sukar dan mencabar, terutama semasa mengawal sapuan warnanya.
Teknik basah atas kering
(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
(b) Menghasilkan kesan warna legap (opaque).
(c) Melibatkan aplikasi warna secara berlapis-lapis, iaitu daripaa ton nipis dan cerah kepada yang paling tebal dan gelap.
(d) Sapuan warnanya mudah dikawal dan sesuai digunakan untuk pelbagai jenis media.
Teknik kering atas kering
(a) Warna disapu tanpa campuran air atau campuran air yang sedikit di atas permukaan yang mempunyai warna yang sudah kering.
(b) Campuran warna yang agak pekat atau likat.
(c) Untuk menampakkan kesan jalinan pada sesuatu objek.
(d) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, dengan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang telah kering.
Teknik kering atas basah
(a) Melibatkan sapian warna terus daripada tiub ke atas permukaan kertas lukisan yang basah/lembap.
(b) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan legap (opaque) yang kering.
(c) Sesuai digunakan untuk menghasilkan kesan jalinan, engan menyapu lapisan warna yang pekat ke atas lapisan warna lain yang lain.
10 comments:
Terima kasih kerana membuat blog ini.ia sgt membantu saya
Tq buat ni boleh aku tiru
Tq cikgu blok ini mememang membantu saya untuk buat kerja sekolah
BOLEH SAYA BUAT SEBAGAI RUJUKAN..TERIMA KASIH CIKGU
πππππ
Good app
nice sangat membantu
tak paham lah
Kantoi
Why can't you understand?
Post a Comment